Aku belajar Sains Komputer

Assalamualaikum and Hai ~



So, harini aku nak ceritakan pengalaman aku dari sem 1 sehingga aku sem 3 belajar Sains Komputer kat UiTM. Pada pendapat aku la, tahap kepayahan dan kesenangan course ni 50-50 😁. Eh asal ? Haaaa kenapa aku kata susah ? Sebab kalau belajar Sains Komputer ni, ko akan belajar programming di mana programming ni ko akan belajar coding. Coding ni cam mane eak ? 

#include <iostream>
using namespace std;

int main() 
{
    cout << "Hello, World!";
    return 0;
}

Haa ni la contoh coding first yang aku belajar time sem 1 😂😎 Time ni aku rasa "WOWWWW BAPAK AH" seronok weh nampak cam gempak kan ? Tapiii bila dah lama-lama belajar, perghh aku hanya mampu beristighfar 😂😂 sebab apa ? Sebab coding ni memang kena perah otak la kalau nak buat. Critical Thinking kene power, kalau tak hmm memang copy paste code dekat Stack Overflow je la atau rembat member  punya 😂 time aku sem 1 dulu, memang struggle jugak la tapi better la sikit memandangkan zaman aku sekolah dulu, aku ada buat coding jugak tapi belajar sendiri, sebab aku minat kahkahkah. Pernah la jugak aku coding sampai mengamuk HAHAHAHAHA but it's okay 💁 yeah i'm still alive and masih boleh survive sebab "Tidak ada alasan untuk menjadi orang yang gagal, ketekunan, kesabaran dan semangat juang yang tinggi dapat membuat kita meraih apa yang kita inginkan" - Lika Shing. #DoneMotivateDiriSendiri

Ambik course ni tak semestinya belajar programming je tapi ada jugak subjek sampingan yang aku ambik. Time sem 1, aku belajar account which is aku terkejut gak la belajar sebab zaman sekolah aku tak ambik account al-maklumlah budak science stream hahaha 💁 aku selalu la tak seimbang buat account and rasa nak give up tapi dengan *korang baca balik ayat Lika Shing* so macam biasa la aku masih survive 😁 Lepastu belajar subjek Fundamentals of Islam ( CTU ) , english ( ELC ). Subjek ctu and elc ni aku belajar sampai sem 3.

Sem 2 aku ada ambik subjek Economy ( ECO ) which is aku struggle sebab subjek membaca but still ada mengira so okay sikit la nak dibandingkan dengan subjek sem 3 management ( MGT ) memang takde mengira weh, memang fully ayat hahaha. Aku jadi struggle sebab aku lebih suka math so bila belajar mgt tu hm memang struggle gila.

So sebenarnya apa yang korang kena tahu sebelum nak ambik course Sains Komputer ni :

1. Pandai Matematik
2. Sabar kene tinggi
3. At least ada pengetahuan sikit tentang komputer ( takde pon okay cuma struggle sikit )
4. Adventurous. Bersedia ambik risiko, sukakan cabaran, suka befikir
5. Kerja or coding jangan copy je kat mana-mana, pastikan faham
6. Tak boleh malas ( ni basic okayyyy )

Boleh survive ke dengan course ni ?
Apa maksudnya ? Survive dari segi pelajaran ? Mestilah boleh. JANGAN MALAS nak belajar. Dalam dunia ni, mana ada mende senang 💁 semua susah, tapi setiap masalah akan ada jalan penyelasaian. So rajin-rajinkan diri. Aku boleh survive ngan course ni, setakat ni la.

Betul ke kalau ambil course ni susah dapat kerja ?
Mestilah senang, sebab sekarang ni zaman teknologi. Setiap hari aku dapat email ada kerja kosong untuk course ni. Requirement kerja "kena power buat coding". Yang penting jangan malas nak cari kerja, hang ingat kerja turun dari langit ka ?

Btw, pendek je pengalaman aku hahahaha. Aku boleh survive sebab family and kawan-kawan jugak. Selain lecturer, dorang banyak bantu aku. Kawan-kawan aku mana ade yang kedekut ilmu, kalau aku tanya mesti dorang jawab. Well, jangan pernah kedekut ilmu, sharing is caring hahaha *tiber. Yang penting DIRI SENDIRI, kita kena sentiasa motivate diri sendiri supaya kita akan jadi lebih baik dari semalam, Jangan nak berubah demi orang lain, tapi buat untuk sendiri, In Sha Allah semua mende jadi mudah. Dengan izin Allah. Pergh dah macam ustaz/ustazah hahaha


2 Comments

Previous Post Next Post