Follow your passion

Assalamualaikum and Hye 😀




Harini aku nak cerita sikit tentang passion aku. Zaman aku sekolah rendah aku memang suka computer. So, segala jenis tentang komputer memang aku explore kecuali "buka" komputer eheksss. Maybe disebabkan zaman aku budak-budak dulu, aku suka main game.... and terjebak pula dengan social media iaitu Facebook. Lagi laaaaa aku suka nya sebab aku suka bazir masa dekat perkara yang tak berfaedah (tak berfaedah ni bila aku zaman sekolah, bila zaman u aku rasa berfaedah). Time zaman kegemilangan facebook, time tu la menaik pulak zaman blog which is aku pun terjebak sekali sampai la sekarang. Bila aku buat blog, memang aku suka design-design and tukar template blog, sebab kalau template asal yang "ready-made" memang tak berkenan, sebab taste lain-lain kan... so sejak ni la aku tau pasal coding. Bawah ni adalah contoh coding yang aku guna zaman blogging dulu.
html>
<head>
</head>
<body>
<h1>Hello World!</h1>
</body>
</html>
 Aku start explore coding time aku 13 tahun or 14 tahun. Aku tak ingat sangat tapi yang pasti aku obses dengan coding. KAHKAHAHKAHKAH gila tak gila ? Time ni la, bila balik je dari asrama, ha malam tu aku start ah dengan blog aku sampai la leka tak buat homework 😭. Ok so tu biar la sebab perkara dah lepas. Tapi aku stop sekejap dengan blogging sebab bila aku dah masuk form 4, aku dah takde masa nak buat semua menda tu, sebab dah dapat kesedaran yang science stream ni susah alalalalala. Tapi hakikatnya, balik rumah tidur je hahahahaha 💦

So, bila dah habis SPM and dapat pulak tawaran Sains Komputer, perghhhh memang aku tak fikir panjang dah, sebab peluang dah depan mata. Aku tak kisah la orang cakap kalau ambil diploma ni lambat habis la apa la.. aku kisah apa ? Sebab... keinginan aku untuk mencari ilmu yang aku minat jauh lebih penting dari jarak masa tu. Dulu aku ingat nak masuk matriks, tapi bila dah dapat tawaran Sains Komputer... aku terus tak jadi ambil. Sebab aku fikir, kalau aku masuk matriks and dapat degree.. macam mana kalau degree tu aku tak dapat sambung Sains Komputer ? Mesti sedih, so aku teruskan ambil diploma. Hihihihi.

Best gila kot, bila dapat belajar something yang kita minat. Tapi, first computer language yang aku belajar dekat U ialah C++. Mak ayam dia, apa mende la wakluuu C++ ni, aku tak pernah dengar. So, first semester macam struggle la jugak, sebab C++ ni dia kena critical thinking sikit berbeza dengan HTML & CSS. Tapi alhamdulillah aku boleh survive dengan coding sehingga sekarang (semester 4).

Dalam banyak-banyak computer languages, aku paling minat HTML & CSS sebab aku suka design. Language ni biasanya front-end developer yang guna. Bayangkan lah, aku ni sejenis front-end, jauh gila perjalanan aku nak jumpa HTML & CSS ni, Jauh perjalanan tu maksudnya, dari umur aku 13 tahun sampai 20 tahun, itupun time aku semester 4... barulah aku jumpa 2 languages tu and guna. Perghhhh 7 tahun bhaii aku tunggu 😷.  Bukan nak cakap apa la, semester 4 ni la aku baru jumpa lecturer yang boleh aku share minat sama 😭😭 OMG bapak seronok gila. Hadoii nak nangis do cerita ni hahahahaha. Kalau tak, aku main buat je coding and takde hala tuju. Tapi bila dah jumpa sifu, barulah ada goals kahkahkahkah.

Dulu, aku macam mencari jugak, apa yang aku minat. So, dalam proses pencarian tu la aku buat graphic design. Guna adobe dan lain-lain tu, sebab aku fikir OH MAYBE INI LAH YANG AKU MINAT. Tapi bila aku buat, aku tak dapat keseronokan tu. Sebab passion aku bukan lah graphic design. And aku tak pernah terfikir pon nak jadi graphic designer. Impian aku nak jadi web developer. Haisssssss banyak menda aku explore and bukan senang nak FIND YOURSELF. Aku ambik masa bertahun-tahun baru aku jumpa, apa yang aku nak sebenarnya 😭 Ibarat aku dah jumpa true love. It is worth waiting for even if it takes a lifetime.

Apa pun, belum terlambat nak FIND YOURSELF. Maybe you can start with.. WHAT IS YOUR PASSION
Previous Post Next Post