Ilmu akhirat dan ilmu dunia harus seimbang

Assalamualaikum,

Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat

Ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ia merupakan nilai yang sangat berharga kepada manusia. Kenapa ?

Jika ingin menguasai dunia, kuncinya adalah ilmu,
Jika ingin menguasai akhirat, kuncinya adalah ilmu,
Jika ingin menguasai dunia dan akhirat, kuncinya adalah ilmu.

Ilmu akhirat bermaksud ilmu agama manakala ilmu dunia adalah ilmu yang berkaitan dengan duniawi. Kedua ilmu ini amat penting dan harus kita seimbangkan kerana ilmu akhirat akan menjadi bekalan ke akhirat dan ilmu dunia akan menjadi tunjang untuk melaksanakan ilmu akhirat.

Sebagai contoh, seseorang yang memahami ilmu akhirat maka dia wajib untuk mengamalkan ilmunya seperti solat dan untuk melakukan solat, dia harus memenuhi syarat sah solat antara nya ialah menutup aurat. Untuk menutup aurat, sudah semestinya dengan memakai pakaian yang mengikut syarat dan pakaian dibeli dengan menggunakan duit. Untuk mendapatkan duit, seseorang itu patut bekerja dan untuk bekerja harus menguasai ilmu seperti guru yang dapat menghasilkan duit.

Oleh itu, kita memerlukan pendidikan dan mengambil seberapa banyak ilmu yang kita akan pelajari. Pendidikan adalah sangat penting dan kita harus lah terus mendidik diri kita sepanjang hidup kita.

Mengapa kita memerlukan pendidikan ?

Antara sebab kenapa pendidikan penting adalah:

  1. Untuk ilmu pengetahuan
  2. Untuk mendapat pekerjaan
  3. Untuk mengetahui hak kita
  4. Menghargai budaya masing-masing
  5. Untuk pembangunan negara
  6. Jadikan kita manusia
  7. Untuk sosialisasi
  8. Meningkatkan kreativiti
  9. Untuk menguruskan krisis
  10. Pemikiran bebas
  11. Untuk mengelakkan tertipu
  12. Hormat
  13. Mejadikan kita sebagai orang yang rasional
  14. Menyelamatkan alam sekitar
  15. Gaya hidup yang lebih baik

Hidup dalam budaya dan kelompok yang berbeza, misalnya dari segi agama, amatlah penting untuk kita mempunyai pendidikan. Ini kerana, apabila kita berpendidikan, minda kita akan lebih terbuka dan tidak tertutup. Ia dapat menjadikan kita seseorang yang akan menghormati pemikiran dan pemahaman orang lain. Jangan lah kita perlekeh kan ilmu seseorang itu dan merasakan bahawa diri kita sahaja yang betul. Contohnya sebagai, penyuntikan vaksin adalah untuk memberi imunisasi kepada jangkitan Covid-19 dan bukannya untuk menyesatkan seseorang. Mempelajari ilmu dunia tidak bererti seseorang itu akan melupakan akhirat.

Walaupun ilmu akhirat adalah wajib kita pelajari, namun ilmu dunia juga penting untuk kehidupan kita. Tidak rugi sama sekali sekiranya kita menuntut kedua-dua ilmu kerana, ia mempunyai banyak manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Selain itu juga, orang yang menuntut ilmu, Allah akan meletakkan darjat yang tinggi dan istimewa bagi orang yang berilmu dan sedang menuntut ilmu.

Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

Antara fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith ini:

  • Allah SWT akan memudahkan jalan ke Syurga.
  • Kelebihan datang ke masjid untuk mempelajari al-Qur’an.
  • Mendapat sakinah dan rahmat daripada Allah SWT.
  • Mendapat perlindungan daripada para malaikat.
  • Syarat yang diperlukan untuk mendapat semua ini perlulah dengan niat yang betul.

Betapa tingginya darjat orang yang berilmu dan betapa mulianya ilmu di sisi Allah. Hal ini kerana, ilmu dapat membimbing seseorang itu dengan kebaikan dunia, kesempurnaan iman dan seterusnya mencapai Ma’rifatullah (Mengenal Allah dengan lebih mendalam).

 

Sumber: MuftiWP

Previous Post Next Post