Hasrat untuk pergi ke Korea ni memang dah lama. Dari zaman aku sekolah rendah lagi tapi dulu takde duit lagi nak berjalan-jalan ke negara orang. Bila dah kerja, buat part time bisnes dan kumpul duit sikit demi sikit, akhiranya berjaya juga sampai ke tempat idaman.
Sebenarnya, aku takde la terfikir nak bercuti ke Korea waktu 2023 tapi disebabkan AirAsia ada buat promosi tiket penerbangan ke Busan hanya RM500 lebih, jadinya aku pun decide untuk beli tiket flight serta merta.
Untuk trip ke Korea ni, total hari adalah 8 hari 7 malam. Ini adalah pertama kali aku melancong ke luar negara. Jadinya, memang banyak preparation yang aku sediakan. Terutamanya dokumen-dokumen penting, itinerari dan sebagainya.
Perkara penting yang perlu korang tahu sebelum bercuti ke Korea
1. K-ETA
K-ETA (Korea Electronic Travel Authorisation) adalah kebenaran perjalanan elektronik dalam talian yang perlu diperoleh pelawat asing tanpa visa sebelum memasuki Republik Korea untuk pelancongan dan sebagainya. Korang boleh apply dekat website www.k-eta.go.kr.
Untuk apply K-ETA ni, perlu ikut langkah-langkah yang betul dan tiada salah. Nanti korang kena upload gambar passport. Ukuran gambar perlu ikut standard visa photo. Kalau nak betul-betul ikut size, boleh apply dekat website Visa Photo. Pastikan nombor passport yang diletakkan dalam K-ETA adalah sama. Kalau korang ada renew passport, jangan lupa update nombor passport baru dalam K-ETA. Sebab haritu ada kes dimana Malaysian tourist dihantar pulang ke Malaysia disebabkan nombor passport tak valid. Lepas korang apply, dalam 1-2 hari akan dapat email result seperti di bawah.
2. Internet Mobile Sim/Wifi
Untuk internet, korang boleh pilih sama ada nak guna sim mobile atau wifi je. Waktu aku pergi korea ni, aku sewa pocket wifi. Cumanya, aku takde la sarankan sangat sewa pocket wifi ni sebab renyah! Nak kena caj. Lepastu, kalau korang berkongsi wifi, kena make sure jalan together dan tak boleh berpisah. That's why aku subscribe juga data roaming Yodoo. Rate data roaming pun okey je. 1-day pass RM5. Kalau 15-day Pass RM60. Pocket wifi ni korang boleh pickup dekat airport je. Nanti akan ada counter untuk claim. Harga pocket wifi lebih kurang <RM100.
3. Navigation Maps
Sila la download Naver Maps. Paling mudah untuk navigate korang ke mana-mana. Dah siap-siap tunjuk juga stesen bas, nombor bas dan sebagainya. Kalau tak faham hangul, jangan risau pun sebab ada English. Dia akan tunjuk real time STOP station. Kadang-kadang, dalam bas tu kita tak dengar sangat atau tak berapa nak catch-up bahasa Korea bila dorang bagitahu stop dekat mana. So, korang tengok je la Maps tu untuk real time perjalanan supaya tak tersalah berhenti station. Tapi kalau tersalah pun, jangan risau or panik sebab.... availability public transport dekat sana sangat banyak.
Total Kos Perbelanjaan
Cost ni tak termasuk duit belanja ye. Duit belanja tu, pandai-pandai korang la nak bajet berapa. Aku haritu tukar mata wang 1,000,000KRW bersamaan RM3500. Aku takde la suka shopping sangat dan tujuan trip ni pun sebab nak tengok culture Korea dan menikmati pemandangan. Kebanyakkan belanja ni aku habiskan makan je. Sebab datang jauh-jauh, takkan nak makan menda simple.
Itinerary Trip Di Korea
Aku dah susun Itinerary dengan rapi dalam bentuk PDF. Senang nak rujuk dan baca. Itinerary ni sesuai untuk first time trip. Dalam Itinerary ni dah termasuk lokasi-lokasi yang dipilih memang tempat-tempat tarikan, tempat makanan halal dan sebagainya. Boleh la rujuk ya :)
Waaaa so fun, i hope i can be like you. So much fun
ReplyDeleteyeah so fun!
Delete