Resepi Gulai Tempoyak Ayam



Aku tak tahu la korang pernah rasa ke tidak Gulai Tempoyak Ayam sebab biasanya orang masak guna ikan. Rasanya sama je macam gulai tempoyak ikan. So, boleh la cuba buat. Confirm bertambah makan.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tempoyak
  • Cili api
  • Kunyit
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Terung bulat
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Ajinomoto


Cara Penyediaan

  1. Kisar 3 hingga 4 sudu tempoyak bersama cili api.
  2. Gaul ayam, serbuk kunyit dan juga bahan kisar dalam periuk.
  3. Buka api untuk keringkan air ayam.
  4. Selepas air ayam kering, letakkan air sehingga ayam tenggelam.
  5. Bila air dah mendidih, masukkan garam, serbuk perasa, ajinomoto dan asam keping.
  6. Kacau sebati semua bahan dan biarkan ia mereneh.
  7. Masukkan terung bulat dan letak daun kesum.
  8. Reneh dalam 3-5 minit.
  9. Siap!

PS: Kalau tempoyak tu masam, letak sikit gula untuk balance kan rasa. Kalau tempooyak tu dah manis, tak perlu letak ya.
Previous Post Next Post