Resepi Sup Ayam Simple

Sup ayam ni salah satu makanan yang paling senang nak buat. Kalau aku malas atau tak tahu nak makan apa, aku buat sup ayam je. Buat kuah tu banyak sikit baru lah sedap makan boleh hirup kuah panas-panas.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Minyak masak
  • Sup bunjut
  • Ayam
  • Air
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Kentang
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Ajinomoto

Nak sedap sikit, tumbuk la lada hitam dan letak daun sup. Aku suka letak tomato sebab nak bagi sup tu masam sikit. Kalau takde tomato, boleh letak asam keping. Tapi, kalau letak asam keping, make sure dah siap masak terus buang asam keping supaya sup tu tak masam melampau.

Cara Penyediaan

  1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Aku kisar je sebab malas nak tumbuk. Tapi kalau nak lagi sedap, korang tumbuk je la.
  2. Potong lobak merah dan kentang.
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan sampai naik bau (kacau-kacau sikit supaya tak hangit).
  4. Masukkan sup bunjut dan ayam. Lepastu, tutup periuk supaya ayam cepat masak. Pastikan air ayam tu kering sikit sebab taknak bagi sup hanyir. 
  5. Masukkan air.
  6. Bila air dah menggelegak, boleh masukkan kentang dan lobak merah.
  7. Masukkan serbuk cukup rasa, ajinomoto dan garam.
  8. Masukkan tomato.
  9. Tutup api. Jangan lama sangat biarkan api terbuka sebab nanti terlebih lembik pula tomato, kentang dan lobak merah


Previous Post Next Post