Resepi Udang Masak Lemak versi Tumis



Kalini boleh cuba masak Udang Masak Lemak versi tumis. Sebelum ni, aku tak tumis pun bahan tapi saja je try tumis dan tak sangka lagi sedap sebenarnya sebab lagi ber-aroma ♡

Bahan-bahan: 

  • Udang sederhana besar
  • Cili api
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit 
  • Daun kunyit
  • Santan
  • Asam keping
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Kentang
  • Terung bulat *optional versi Mina

Cara penyediaan:

  1. Kisar atau tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat
  2. Panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan yang telah ditumbuk, serai dan kunyit ke dalam periuk
  3. Masak sehingga bahan sudah naik bau. 
  4. Masukkan udang dan masak sehingga berubah warna
  5. Kemudian masukkan santan dan kacau supaya tidak berketul
  6. Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan asam keping
  7. Tunggu sehingga mendidih sekali lagi, kemudian letakkan garam, ajinomoto, serbuk perasa, daun kunyit, kentang dan terung bulat
  8. Siap!



Previous Post Next Post