Trip 4H 3M Medan Danau Toba

 Hi Assalamualaikum!

Hajat aku dan along nak belanja dan bawa 1 family pergi bercuti di luar dah tercapai. Disebabkan umi dan abah dah penat bekerja bertahun lamanya, jadinya aku nak bawa dorang pergi healing healing la sikit tengok keindahan bumi ni. 

Nak dijadikan cerita, aku tengah scroll Twitter lepastu ternampak pula ada orang tweet dan share pengalaman dia pergi bercuti. Aku apa lagi, terus la Google Danau Toba, Medan dan cari tempat tu. Memang lawa.

Aku dan Along terus cari tarikh yang sesuai dan terus book flight. Contact agent travel untuk lock terus tarikh. Kitaorang pergi waktu cuti public holiday yang panjang (Hari Malaysia/Maulidur Rasul) . Sebab, boleh guna AL sikit tapi holiday lama. Kan dah jimat dekat situ.

Untuk post kalini, just nak share sikit la pengalaman, cost dan juga Itinerary Medan-Lake Toba.

Kami sekeluarga pergi trip ni melalui Figo Tour and Travel. Serius berbaloi! Dah la murah lepastu servis memang tiptop. Sekepala hanya RM650 je. Asalnya RM600, tapi aku addon another place.

Pakej Include :

✅ Hotel 4 Star And 3 Star.

✅ Van/ Bus Full Air Conditioner.

✅ Meal.

☕ 3 Kali Breakfast

🍽 3 Kali Lunch

🍽 3 Kali Dinner

✅ Fery.

✅ Entrance Fee

Total Cost RM5,474.87 je untuk 5 orang. Untuk Belanja tu, ikut kepada masing-masing. Aku tukar cash dan juga pakai Wise. Kalau jenis suka travel, better beli Wise. Senang je nak tukar-tukar duit lepas tu charge pun tak tinggi.



Percutian ke Medan - Day 1

Departure pukul 1050AM dan sampai ke Kualanamu Airport dalam 1 jam je. Bak kata Adik aku, tak sempat panas punggung pun hahaha. Turun jer flight, tour guide dah tunggu. Handsome yer tour guide kami. So, rasa bersemangat sikit la sepanjang trip tu hahaha. Tour guide bawak kami pergi kedai sim kad dulu dan money changer. 3 simkad dalam 270,000 rupiah. Aku tak beli pun simkad sebab DigiCelcom punya roaming lagi murah. Total cost roaming RM18 je.

Then, kami pergi makan dulu di Iga Iga Restoran. Banyak weh lauk dia. Sedap pulak tu.

Perut dah kenyang. Kami teruskan perjalanan selama 2 jam ke Danau Toba. Singgah ke Bah Damanik, Kebuh Teh Sidamanik, Kedai Kacang Tumbuk dan Teko Sima Simarjarunjung.

Di Teko Sima Simarjarunjung, kami alas perut dulu. Sebelum pergi ke ferry untuk menuju ke Pulau Samosir.

Perjalanan atas feri mengambil mas 40 minit. Sampai je di Pulau Samosir, kami pergi makan dulu dan terus check in Samosir Villa Resort.


Percutian ke Medan - Day 2

Bangun je pagi untuk pergi breakfast, aku amaze sikit sebab cantik gilaaa sekeliling villa tu. Malam semalam tu tak perasan sebab sampai villa tu pun malas dan dah penat. So, takde rasa nak explore pun malam tu.

Dalam perjalanan tu, tour guide stop sekejap dekat jambatan penghubung. Lawa gilaa. I likee (˶ᵔ ᵕ ᵔ˶)

Destinasi seterusnya, kami pergi ke Air Terjun Efrata, Bukit Holbung, Air Terjun Sipiso Piso. Tempat-tempat ni mencabar sikit la. Sebab jauh dan juga kena mendaki. Kalau jenis tak biasa jalan bersimpar siur, please sediakan minyak angin, ubat mabuk dan hurix inhaler.

Demi melihat pemadangan cantik, pening kepala, muntah-muntah kena letak tepi hahaha. Sebab nak naik gunung ganang ni, memang jalan macam zig zag 💆






Untuk makan tengahari, tour guide bawak kami lunch dekat kedai makan view gunung-ganang Danau Toba. Memang lawaaa sangat. Dah la makanan pun fancy. Bagi kitaorang makan lobster air tawar.




Percutian ke Medan - Day 3

Untuk hari ketiga, yang ni relax sikit daripada semalam. Just tengok nice view je. Sambil tengok view, kami minum-minum dulu kopi dekat cafe lavendar berlatarkan view Gunung Sinabung.

Kalau la ada dekat Shah Alam, confirm selalu pergi hujung minggu ><

Lepas itu, lunch pula nasi ayam penyet. Sumpah aku kabo... ayam penyet dekat Indonesia memang sedap. Ye la, asal ayam penyet pun memang dekat sana kan. Tapi tak sangka la sesedap ini. Must try dish kalau pergi Indonesia.

Continue perjalanan ke Air Terjun Sikulikap dan Pasar Buah Brestagi.


Percutian ke Medan - Day 4

Hari keempat ni, kitaorang tak pergi kemana-mana. Memang rugi 1 hari... sebab? Waktu ni lah ada event Sukan Indonesia. Semua daerah/negeri datang ke Medan. So, bayangkan lah jalan tutup dan jem teruk. Tour guide pun memang stuck atas jalan. Jokowi pun ada masa ni.

Untuk elakkan daripada kami sekeluarga terlepas flight, so better lah kitaorang straight pergi lunch dan terus ke airport.

Nak dijadikan cerita, hari keempat ni just di airport Kualanamu sahaja. Hahaha. Kitaorang borong la pulak barang-barang dekat sini. Airport dorang tak macam kita. Dorang banyak kedai-kedai yang martabatkan barang Indonesia. Mana-mana souvenier tu, boleh juga beli kar airport. Waktu ni, kami just wander dan makan-makan je.


Itu je la kut pengalaman Trip 4H 3M Medan Danau Toba. Best, berbaloi dan seronok! Rasa nak travel lagi 👀

Previous Post Next Post